Thursday, April 26, 2007

terima kasih

Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Lain ulu lain parangnya, namun inisiatif bijak PPD Klang menyediakan kursus BPPT bagi membekalkan kami yang berada dalam daerah pelaksana di sekolah dengan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman untuk merancang dan membuat keputusan yang sesuai berkaitan bila, bila tidak dan bagaimana mengintegrasikan TMK (Teknologi Maklumat Komunikasi) dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah disanjungi.

Tidak keterlaluan jika kami memberi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Ahmad dan pembantu-pembantu beliau yang telah berjaya mengasuh kami, terutamanya dari golongan terlanjut muda seperti saya dan beberapa orang rakan sebaya. Tanpa kegigihan, kesabaran dan kesimpatian mereka dalam mengajar kami berkaitan modul yang disediakan sudah tentu kursus seperti ini tidak memberi kesan yang sepatutnya kepada kami. Tetapi dengan pengalaman yang ada pada En. Ahmad, kami kini menjadi pendidik yang telah agak bisa dengan TMK dan membuat rancangan mengajar berasaskan Mod Demonstrasi.

Alhamdulillah, kami bolehlah dikatakan sudah memiliki kemahiran2 tertentu seperti, memproses dan menyisip teks dan grafik, penggunaan e-mail, menyisip fail dan gambar dalam e-mail, membuat pautan antara fail, membuat hamparan elektrnik dengan menggunakan perisian excel, pengisian dan analisis markah, membuat graf, membina bahan dan membuat persembahan power point dan multimedia yang menggabungkan teks, imej dan gambar kaku atau beranimasi, paduan suara dan muzik serta pautan ke laman web. Kebolehan ini semua telah diuji seperti yang telah kami lakukan dalam persembahan kumpulan dan individu. Lebih dari itu, kami juga sudah jadi 'blogger' yang agak pandai juga membuat dan mengemaskini laman web sendiri.

In sya Allah, semua kemahiran dan maklumat yang kami perolehi itu akan kami guna dan perkembangkan dari semasa ke semasa. Hendaknya prestasi para pelajar kita akan menjadi lebih baik lagi dan daerah Klang dapat bersaing dengan daerah2 lain di Malaysia. Tanpa peranan PPD dalam merancang dan memberi peluang kepada guru2 spt kami utk menghadiri kursus ini sudah pasti kita menjadi agak tertinggal dari rakan2 dalam daerah yang lain. Harapan kami mudah-mudahan kursus BPPT ini diterus dan dipertingkatkan selari dengan kehendak semasa, keadaan pembelajaran dan tahap TMK yang sentiasa berkembang dan berubah.

Saya tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta kursus yang cukup matang dan tidak banyak kerenah, sangat peka, bersikap positif dan tidak perlu arahan yang banyak. Sentiasa saling bekerjasama sehingga perjalanan kursus berjalan lancar walaupun kadang-kadang dalam topik tertentu terpaksa dipapah, dipimpin sebelum dapat bertateh dan berjalan sambil tersenyum bersendirian.
Sepanjang kursus ini, kami bukan setakat didedahkan dengan cetusan maklumat baru berkenaan tajuk-tajuk kursus, tetapi kami turut diisi dengan ungkapan nasihat dan teguran membina yang sangat memberi kesan kepada kami dalam menjalankan tugas sebagai pendidik untuk melahirkan modal insan agar menjadi warganegara yang cemerlang akal, jasmani, emosi dan rohani.

Akhir kalam, serangkap pantun disusun buat rakan-rakan peserta;

ANAK GAJAH NAIK SKUTER
SKUTER LAMA PANDAI MENARI,
ALHAMDULILLAH DAH PANDAI KOMPUTER,
KE ARAH MENJADI GURU BESTARI.
TERIMA KASIH....

2 comments:

Abang Long said...

Assm, Sdr Bumiwaqafan

An interesting blog site for a start.
Hoped BPPT has helped to change you from a good teacher to a great teacher. Tahniah

wassalam

Abang Long
BPPT

wakman said...

Tahniah Us.Abdullah, ana doakan anta sekeluarga terus suksen dalam kerjaya mengasuh dan mentarbiah anak2 bangsa agar menjadi para pejuang yang mengangkat martabat Ad Deen Al-Islam.

Sukran Wak Man.