Wednesday, October 17, 2007

air tenang, janda baik







syawal











Wednesday, July 4, 2007

buah ajaib



































Thursday, April 26, 2007

terima kasih

Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Lain ulu lain parangnya, namun inisiatif bijak PPD Klang menyediakan kursus BPPT bagi membekalkan kami yang berada dalam daerah pelaksana di sekolah dengan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman untuk merancang dan membuat keputusan yang sesuai berkaitan bila, bila tidak dan bagaimana mengintegrasikan TMK (Teknologi Maklumat Komunikasi) dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah disanjungi.

Tidak keterlaluan jika kami memberi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Ahmad dan pembantu-pembantu beliau yang telah berjaya mengasuh kami, terutamanya dari golongan terlanjut muda seperti saya dan beberapa orang rakan sebaya. Tanpa kegigihan, kesabaran dan kesimpatian mereka dalam mengajar kami berkaitan modul yang disediakan sudah tentu kursus seperti ini tidak memberi kesan yang sepatutnya kepada kami. Tetapi dengan pengalaman yang ada pada En. Ahmad, kami kini menjadi pendidik yang telah agak bisa dengan TMK dan membuat rancangan mengajar berasaskan Mod Demonstrasi.

Alhamdulillah, kami bolehlah dikatakan sudah memiliki kemahiran2 tertentu seperti, memproses dan menyisip teks dan grafik, penggunaan e-mail, menyisip fail dan gambar dalam e-mail, membuat pautan antara fail, membuat hamparan elektrnik dengan menggunakan perisian excel, pengisian dan analisis markah, membuat graf, membina bahan dan membuat persembahan power point dan multimedia yang menggabungkan teks, imej dan gambar kaku atau beranimasi, paduan suara dan muzik serta pautan ke laman web. Kebolehan ini semua telah diuji seperti yang telah kami lakukan dalam persembahan kumpulan dan individu. Lebih dari itu, kami juga sudah jadi 'blogger' yang agak pandai juga membuat dan mengemaskini laman web sendiri.

In sya Allah, semua kemahiran dan maklumat yang kami perolehi itu akan kami guna dan perkembangkan dari semasa ke semasa. Hendaknya prestasi para pelajar kita akan menjadi lebih baik lagi dan daerah Klang dapat bersaing dengan daerah2 lain di Malaysia. Tanpa peranan PPD dalam merancang dan memberi peluang kepada guru2 spt kami utk menghadiri kursus ini sudah pasti kita menjadi agak tertinggal dari rakan2 dalam daerah yang lain. Harapan kami mudah-mudahan kursus BPPT ini diterus dan dipertingkatkan selari dengan kehendak semasa, keadaan pembelajaran dan tahap TMK yang sentiasa berkembang dan berubah.

Saya tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta kursus yang cukup matang dan tidak banyak kerenah, sangat peka, bersikap positif dan tidak perlu arahan yang banyak. Sentiasa saling bekerjasama sehingga perjalanan kursus berjalan lancar walaupun kadang-kadang dalam topik tertentu terpaksa dipapah, dipimpin sebelum dapat bertateh dan berjalan sambil tersenyum bersendirian.
Sepanjang kursus ini, kami bukan setakat didedahkan dengan cetusan maklumat baru berkenaan tajuk-tajuk kursus, tetapi kami turut diisi dengan ungkapan nasihat dan teguran membina yang sangat memberi kesan kepada kami dalam menjalankan tugas sebagai pendidik untuk melahirkan modal insan agar menjadi warganegara yang cemerlang akal, jasmani, emosi dan rohani.

Akhir kalam, serangkap pantun disusun buat rakan-rakan peserta;

ANAK GAJAH NAIK SKUTER
SKUTER LAMA PANDAI MENARI,
ALHAMDULILLAH DAH PANDAI KOMPUTER,
KE ARAH MENJADI GURU BESTARI.
TERIMA KASIH....

kumpulan 5


Gambar-gambar yang cute dan handsome!
















alhamdulillah.... banyak manfa'at yang dapat.

Assalamualaikom!

Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Lain ulu lain parangnya, namun inisiatif bijak PPD Klang menyediakan kursus BPPT bagi membekalkan kami yang berada dalam daerah pelaksana di sekolah dengan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman untuk merancang dan membuat keputusan yang sesuai berkaitan bila, bila tidak dan bagaimana mengintegrasikan TMK (Teknologi Maklumat Komunikasi) dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah disanjungi.

Tidak keterlaluan jika kami memberi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Ahmad dan pembantu-pembantu beliau yang telah berjaya mengasuh kami, terutamanya dari kalangan muda seperti saya, Tanpa kegigihan, kesabaran dan kesimpatian mereka dalam mengajar kami berkaitan modul yang disediakan sudah tentu kursus seperti ini tidak memberi kesan yang sepatutnya kepada kami. Tetapi dengan pengalaman yang ada pada En Ahmad, kami kini menjadi pendidik yang telah agak bisa dengan TMK dan membuat rancangan mengajar berasaskan Mod Demonstrasi.

Alhamdulillah, kami bolehlah dikatakan sudah memiliki kemahiran2 tertentu seperti, memproses dan menyisip teks dan grafik, penggunaan e-mail, menyisip fail dan gambar dalam e-mail, membuat pautan antara fail, membuat hamparan elektrnik dengan menggunakan perisian excel, pengisian dan analisis markah, membina bahan dan membuat persembahan power point dan multimedia yang mengganbungkan teks, imej dan gambar kaku dan beranimasi, suara dan muzik serta pautan ke laman web. Kebolehan ini semua telah diuji seperti yang telah kami lakukan dalam persembahan kumpulan dan individu. Lebih dari itu, kami juga sudah jadi blogger yang pandai membuat dan mengemaskini laman web sendiri.

In sya Allah, semua kemahiran dan maklumat yang kami perolehi itu akan kami guna dan perkembangkan apabila berada di sekolah nanti. Hendaknya prestasi para pelajar kita akan menjadi lebih baik lagi dan daerah klang dapat bersaing dengan daerah2 lain di Malaysia. Tanpa peranan PPD dalam merancang dan memberi peluang kepada guru2 spt kami utk menghadiri kursus ini sudah pasti kita menjadi agak tertinggal dari rakan2 dalam daerah yang lain. Harapan kami mudah-mudahan kursus BPPT ini diterus dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa selari dengan keadaan dan tahap TMK sentiasa berkembang dan berubah.

Saya tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta kursus yang cukup matang dan tidak banyak kerenah, sangat peka, positif dan tidak perlu arahan yang banyak. Sentiasa saling bekerjasama sehingga perjalanan kursus berjalan lancar walaupun kadang-kadang dalam topik tertentu terpaksa dipapah, dipimpin sebelum dapat bertateh dan berjalan sambil tersenyum bersendirian.
Sepanjang kursus ini, kami bukan setakat didedahkan dengan cetusan maklumat baru berkenaan tajuk-tajuk kursus, tetapi kami turut diisi dengan ungkapan nasihat dan teguran membina yang sangat memberi kesan kepada kami semua dalam menjalankan tugas sebagai pendidik untuk melahirkan modal insan agar menjadi warganegara yang cemerlang akal, jasmani, emosi dan rohani.


ANAK GAJAH NAIK SKUTER
SKUTER LAMA PANDAI MENARI,
ALHAMDULILLAH DAH PANDAI KOMPUTER,
KE ARAH MENJADI GURU BESTARI.

Thursday, April 19, 2007

cucu tokwan


orang di sebelah


asal pasir mas kelantan

familiku yang manja


Yang tua dok di Sibu. Hak tengah di KK. Cik Su di MGS


Semangat belajar dalam kalangan para peserta semakin bertambah apabila mereka didedahkan dengan sesuatu yang baru berkenaan Teknologi Maklumat. Antaranya pembinaan laman web. Nampaknya selepas ini ramai yang kena makan kat luar...... lauk hangit. Cikgu sibuuuuukkkkk la.

guruku yg hensem.....hehe.... emmm


Siapa tahu?
Encik Ahmad Bin Ibrahim.
Dulu, kini dan selamanya macam tujugak. Perangainya...

indahnya suasana



Pertama kali sampai ke sini pada tahun 1981. Aku ke sini menunaikan ibadat Umrah. Ohh, syoknya,

Wednesday, April 18, 2007

kolejku bumiwaqafan


Masjidil Haram dan Bumi waqafan adalah dua tempat yang berbeza dari pelbagai sudut. Masjidil Haram terletak di Kota Suci Mekah Almukarramah, Saudi Arabia, sementara Bumi waqafan terletak di Klang, Selangor. Malaysia.

Kedua tempat ini terkenal dalam kalangan masyarakat.

Anda tahu apa-apa berkenaan kedua-duanya?


Aku pernah di sini dan di sana. Alhamdulillah. Ketenangan jiwa dan rohani begitu terasa. Sebagai seorang hamba Allah, kesempatan berada di sana sangat bermakna.